Monday, March 5, 2012

Quicky

 Just a quick update on Ben's Cafe KLCC. Went there on the 1st March I think. Lupa nak update haha. So, here it is.




 This is the iced chocolate.
OMG sedap! Sebab dia serve with
vanilla ice-cream. Nyumss

 Had Olio Spaghetti. It was so-so

Bought this awesome Garrets Popcorn!
Amazingly yummyyyyyy!

Thursday, March 1, 2012

First And Foremost, Be Positive!

Adakalanya kita 'takut' nak letakkan matlamat yang besar untuk diri sendiri sebab 'takut' matlamat tersebut tak tercapai. Sebab ni la kita perlu berfikiran positif. Perasaan takut, risau, dan sewaktu dengannya adalah emosi negatif yang sering kali menganggu semua orang. tak ramai yang boleh mengabaikannya. jadi, anda yang membaca ni, perlulah jadi antara daripada yang boleh mengabaikan perasaan negatif, dan fikirkan positif.
-Irfan Khairi



Awesomely True!
A good starting for a new month

Hello March 2012 :)

Monday, February 27, 2012

Ini Maksudnya Perang!


Dah lamaaa tak tengok wayang akibat kesibukan mengejar dunia hahah. So, todayyy, I went to Gardens, Mid Valley nak tengok This Means War. Before tengok movie, apa lagi, melantak dahuluuu di Alexis. Kebetulan masa tu ada channel E! punya event. Dapat makan sambil mata menyaksikan kecantikan Aishah Sinclair dan kehandsomean Nash Idrus and few artist lagi. Tiba-tiba rasa macam artis seketika. Hahaha.

Alexis

Eh cop ni gambar camwhore sebelum pergi.
Malas nak drag naik atas haha





Okay ni camwhore kat Alexis pulak
Heeeeeeeeeeeeee




So, This Means War was aweeesomeeeeee! Memang kelakar and super cute! You guys should watch this movie. Cerita dia pasal dedua lelaki handsome ni bekerja sebagai Federal Agent and terjatuh cinta kat perempuan yang sama, and they take advantage dengan kuasa sebagai agent tu untuk spy on this lady. Memang cute gilaaa. Pergi tengok! Hahaha.


What a great movie and lovely day!





Btw, my only shawl tertinggal tak tahu kat mana.
Dah call GSC Gardens, they all cakap tak ada.
Sedih sebab shawl tu aunty bagi from Mecca,
and kain dia sangaaat best.
Nipis but very warm bila pakai.
I need a new shawl ;(

Sunday, February 26, 2012

Wedding at MECC



Relative's wedding held at Matrade Exhibition and Convention Centre. The wedding was sweet and the live instrument was awesome! I love it soooo much. Siap ambil nama lagi kot kahwin nanti nak guna hahaha *berangan jauh*. Biasalah, pergi wedding aunty-aunty duk tanya saya bila lagi nak kahwin. Jawapan normal, ala baru 17 tahun lah. Nak kahwin apa. Hehehehehhh


Babai! :)

Saturday, February 25, 2012

Kita dan Jubah


Kenduri doa selamat rumah Dara :}


Wednesday, February 22, 2012

Godiva Chocolatier, Pavillion

Pada suatu hari yang normal, 
pergi kerja tanpa make up muka sememeh seperti ini


Tiba-tiba Dara Naquiah mengajak beta ke Pavillion untuk buat apa entahhhh. Tetiba dah ada kat Pavi. Ohh, dia mengidam nak makan roti kat bakery. Tah hapa hapaaa. Hahaha. Takpelah sebagai rakan yang concern terhadap selera kawan sendiri, gigih jua ku tempuhi Pavillion tersebut. 

Sesampai terus pergi bakery, duk tunggu beliau pilih roti. Dah tu pi makan. Nak pilih makan apa pun kemain lamaaa. Last-last makan Tepanyaki kat food court saje. Sedap jugakkk



Dah habis makan tu, tiba-tibaaaaaa la kan mulut mengada mahu makan dessert. Lepas tu tetibaaaaa je kan, sampai sini haaaa

Godiva Chocolatier

Chocolate dia yang pakai gram tu usah di sangkal lagi ahhh. Harga pun mintak penampar. We all makan cake. Memula ingat nak share lepastu Dara boleh buat perangai tamak. Ha hamek kauuu, mabuk coklet. Padan muka. 



Cake dia sebijik RM 15 kot. Tak ingat, tapi memang puas hati laaa. Sedap gila babeng tak tipu punya. RM 15 is quite cheap actually for Godiva punya chocolate. Sekali sekala bagi reward kat diri sendiri dah kerja pepenat siang malam heheee.
 
 Sila tampar sekarang

 My foodmate. Hahaha.

 Gedik
 
Lepastu beli lagi 1 bar Godiva chocolate berharga
RM 20. Mahal kedaung tapi nak makan jugak.
Hahaha. But it's worth it :)


Kalau nak beli chocolate kat sini, check dulu betul-betul sebab ada yang contains alcohol. Tapi cake dia memang superb wa cakap sama luuuuu hahahah

Tuesday, February 21, 2012

Pavlova 12"

Haaaaaai semua. Saje nak men'drools'kan ayaq liuq korang. Hahaha. Oleh kerana semasa kenduri haritu, saya hanya dapat merasa secebis sahaja dari meringue pavlova ini, terimalah hasil yang entah berapa kali buat tah tapi kali ni sedih tak jumpa blueberry. Buat besaaaar dan 2 lapis sebab senang, dessert untuk seminggu tak payah buat dessert lain walaupun tak sampai seminggu dah lesap. Kah kah kah. Kepada Loqman, Dara and Wani, hahhh puas hati engkorang kan dapat makannn!? Dah, jangan mintak lagi dah. Stoberi mahal. Hahaha.


 Nah sebijik besauuu

 Close Up

Potongggg!



Saya memanglah tersangat nak share resipi tapi tidak cukup masa lagih. Ini pun cekal gila hati update segala mak nenek yang simpan dalam draft ni hah. Hahaha. Nanti kita buat satu segmen resipi untuk tatapan khas kalian di masa akan datang. Cewah. Hihih.

Sunday, February 19, 2012

Kenduri Doa Selamat

Daddy is going Mecca and Medinah for Umrah on the 25th of February. And we were having a lil kenduri doa selamat kat rumah Seremban. Macam biasa laaa, bab-bab hal mencekik, den laa kono buek eh. Di atas permintaan sebulat suara memasing untuk dessert, saya telah membuat a very simple pavlova dan moist chocolate cake yang comot dan selekeh hahaha. Tiada ku sangka sangat cepat dessert tersebut habis. Nasi goreng baki banyak woh. Kalah main dish. Selalunya dessert yang semak dalam fridge lepas majlis keramaian camni ha. Haha. Muko den kalah surirumah anak 8 tahuuuu -____-







Gamba sedaro maro ado dalam kemere Daddy dan maleh den transfer kerana dah pukul doblas lebih esok keje bye


Semoga Daddy selamat pergi dan pulang, serta mendapat keberkatan daripada kunjungan beliau ke Tanah Suci. Doa-doakan lah anak mu ini berjaya di dunia dan akhirat, dan juga mendapat jodoh yang baik. Aminnnnn :')

Don't Ask For My Love If You Can't Love Me Back





"Women's heart are fragile. 
Do not try to touch if you can not handle with care."
-Aiza Hanis






Saturday, February 18, 2012

15 Perkara Kecil Yang Boleh Membuat Wanita Gembira


I saved this from Facebook. I think I can blog something about this. Memang betul 15 perkara di atas ni adalah sesuatu yang perempuan nak, tapi takmoh ah habaq. Maluw gituwww. Haha, okay I'll write why girls love all those thing and don't want to ask for it, based on my perspective lah. Lain orang lain lain point of view. But this is mine.


1. Good morning/good night texts
Ini paling simple dan mudah dibuat. Sampai sekarang saya masih belum fail lagi untuk melakukan perkara ini setiap pagi dan malam kerana saya mengharapkan perkara yang sama. Sebab dia simple jeee. Perempuan akan fikir bila you guys bangun pepagi, perkara pertama dalam minda kauorang adalah dia, nak tidur pun gitu jugak. They wanna be the first and the last thing of the men's day.


2. Pictures taken together
Well, as we all know, lelaki memang jarang suka bergambar. So, if you guys request nak bergambar dengan we all ni, rasa macam sangat dihargai. Nak mengabadikan muka mulus ini di dalam kamera kauorang. Haha.


3. Surprises, especially little ones
This is my favourite one. I lovvvvee surprises and make surprises. Especially little ones. Hehe. Surprise tu tak semestinya kena bagi barang mahal ke bunga ke apa ke. Just a simple I Love You note selit dalam purse pun dah rasa macam bahgia ke akhir hayat gituww haha. Tak pun kalau tengok awek tengah duk sunyi takde orang teman pun boleh jugak tetiba je dah nak sampai depan rumah. Banyak lagi surprise kecil-kecilan yang boleh dibuat. Contoh lagi simple, kot kauorang memang tengah bizi kalah Perdana Menteri tu, ambil je masa 5 saat untuk cakap I Miss You. Benda kecil sebegini boleh mengubah mood wanita dari sangat teruk hingga sangat baikkkkk. Kalau surprise lain macam birthday ke anniversary ke, tu big ones la. Tak kan den nak ngajar jugak.


4. Visiting & bringing over with her favourite food
Kalau orang Melayu, macam nak kena tendang je duk bermanjaan dalam rumah kan. Kalau untuk kita ni, bawak ler awek tu pergi makan makanan kegemaran dia. Contoh la, kot dia kempunan nak makan telur masin dengan budu, pergila cari kedai yang ada telur masin dan budu paling sedap di Malaysia ni. Hihi.


5. A hoodie with scent all over it
Kalau I nyah, I tak kisah la hoodie ke hape, asal bau jantan, mak terima. Hahaha. Saya memang penggemar bau maskulin. Memang boleh khayal woh. Buat tidur memang lena. Ha cara dia you guys pakai satu baju yang tak dipakai sangat, sembur minyak wangi maskulin, pakai dalam setengah hari lepastu bagi kat awek. Fuyoh. *Pengsan*


6. His sports jersey
Ini pun lebih kurang sama ah macam di atas tapi actually perempuan memang suka kalau lelaki bagi jersey sebab rasa macam kepunyaan. Faham tak? Macam kau kepunyaan ku, tiada siapa dapat mengambil kau dariku kerana kau memakai jersi ku. Faham tak? Hihik.


7. Slow dances
Alala ni pun macam somel gitu. Slow dance kat tepi pantai ke. Wahaha berangan kuat. Kena tangkap dengan Jabatan Agama baru tahu. Tapi bestnya dapat slow dance. Wuuu, memang tak dapat la cite dia kan.


8. Sincere compliments
Ah siapa yang tak suka dengan pujian. Cuma tak kan lah meminta pujian. Kauorang mestilah kena mengerti time mana nak puji. Tapi kalau sentiasa puji pun rimas jugak. Apa yang patut di puji, puji lah. Apa yang patut di kritik, kritik lah. We want it to be sincere. Tak kan la tiap kali asyik nak kena tanya baru puji kan. Tapi memang trend masa kini macam ni "Hai Sayang, ok tak rambut B?" sambil tengok tak sampai 2 saat lalu membalas, "K je". Lelaki macam ni, hempok nak?


9. Singing her favourite songs, even if it's out of tune
Ini pun sangat sweet. Pergi karaoke. Tanpa gegurlz memberitahu lagu apa, dah kauorang terus je pilih lagu peberet lepastu terus nyanyi. Konfem awek you all cairrr. Walaupun suara tak semacho Awie, bedal la asalkan feeling lebih sikit kan. Hahaha. Perempuan akan rasa sangat heavenly kalau ada orang, lagi-lagi yang dia sayang, nyanyi untuk dia.


10. A cute stuffed toy to hug when he is not around
Ahaa, kalau yang ni den tak berapa reti sebab den tak peluk bear bear ke hape masa tidur atau di masa senggang. Tapi memang kebanyakan wanita suka menggantikan boyfriend mereka dengan soft toy. Kengkonon masa tidur, dia peluk kauorang lah. Halahhh hai. 


11. Real, deep conversations
Uhhumm, sometimes deep conversations ni perlu dalam relationship. Tak perlu hari-hari pun. Sebulan sekali pun okay. Untuk betulkan apa yang silap, apa yang suka atau tak suka. Supaya dua-dua boleh belajar untuk berubah. Ataupun untuk berangan tentang future. Masalah perempuan adalah mereka tak tahu bila dan bagaimana nak memulakan sebab takut lelaki rasa annoyed. Atau rasa macam syok sendiri. Yela kot dia nak cakap dream wedding nak color tu color ni, macam tu macam ni tapi kauorang buat tak endah je kan. Jadi, sebab tu perempuan prefer untuk kauorang yang mula dulu. Hihih memang mengada kan.


12. Nonsense but funny conversations too
Kalau saya, ini akan menjadi macam perbualan harian kerana saya memang gemar merepek. Wahaha. Tak reti nak sentiasa serious. Kalau sentiasa serious je about everything mesti bosan kan. Jadi boleh saje membuat gurauan terhadap persekitaran masa kini atau berbual tentang aktiviti masa lapang yang dua-dua suka.


13. His gentlemanliness
Oh Mai Gosh. Ini memang sangat perluuu. Tolonglah wahai lelaki. Jangan biar perempuan meminta anda untuk menjadi gentleman. Tolonglah jadi sendiri. Haha. Lintas jalan, tolonglah pimpin. Barang banyak, tolonglah pegang sikit (kalau mampu pegang semua lagi bagus hihi). Kalau hujan, tolonglah pegang payung. Kalau jalan, tolonglah jalan sesama jangan laju kedepan. Dan perkara-perkara lain yang boleh difikirkan secara logik.


14. Comfort & patience when she is in tears
Sudah tentula kalau tengah menangis tak kan nak cakap "Hai awak saya tengah menangis ni, marilah pujuk saya." Janganla berat mulut mahupun bontot untuk menurunkan kadar kesedihan tersebut. Tapi janganlah pulak kauorang paksa disertakan dengan lawak-lawak tak jadi untuk suruh dia berhenti nangih. Keep her calm saje. Dia nak nangis biaq pi la. Ingat dah nangih senang nak berhenti ke? Lagi-lagi yang jarang nangis macam ai. *Larikkkk*


15. Telling her how much you love her
Okay, this is the best part to share. You guys mesti selalu rasa rimas bila perempuan asyik tanya "Awak sayang kita tak?" atau "Awak ni macam dah tak sayang kita je?" atau "Awak ni dulu tak macam ni, macam dah tak heran pasal kita dah." atau yang seangkatan dengannya. Mesti ada sebab kenapa perempuan tanya. Sebab? Sebab mereka rasa insecure yang kauorang dah tak sayang dia. Mungkin sebab dulu you all selalu cakap sayang dia, rindu dia tapi kini tidak lagi. Ataupun dulu selalu text, nak dengar suara, nak tengok rupa gambar dia hari-hari, jumpa tak kira apa jadi pun, tapi kini tidak lagi. Atau behaviour you all dengan dia dulu lagi mesra, layan je apa dia cakap tapi kini tidak lagi. Semua perkara tu buat perempuan terasa. 

Pada you guys memang nampak kecik, remeh. Tapi benda-benda kecik macam ni la yang selalu jadi punca pergaduhan yang besar. Salah satu cara untuk overcome this kind of problem adalah dengan tell her how much you love her. Supaya kita wanita ni tak fikir yang bukan-bukan. Jangan tunggu we all tanya. Kang kalau fikir bukan-bukan, cakap bukan-bukan, kena marah jugak. Baik you all cakap dulu. Kannnn? Kalau dapat gelpren yang sabar dan memahami nasib baikla, kalau tak? Naya. Terpanjang pulak part ni sebab geram hehe k bye nak lari.


Itu sahaja yang saya ingin kongsikan dari lubuk hati ini wahahaha apekah ayat iniiii!? Okay serious, this is my point of view. If you don't feel the same it is okay. Everyone is different with their own way. But when it comes to love and to be loved, all ladies are almost the same :) Good luck GUYS! :p


Encik SimSimi Bukan Boyfriend Baru Saya

 Helloooooooo kalian. Ecewah. Haha, alright this is my new favourite apps when I'm completely bored. SimSimi! Hoyeah. Alah konsep dia macam Cleverbot. Konon-konon macam robot yang reply kat kita tapi dia match kan dengan ayat-ayat yang dihantar dari seluruh dunia. Hehe. Pandai dan sangat sweet tau SimSimi ni. Layak untuk dijadikan skandal alam maya. Haha meh tengok meh.



 SimSimi pandai entertain orang sunyi dan sedih



Juga pandai bermain dengan kata-kata


Pandai cakap BM tauuuuu


Buat member gaduh pun best


Juga untuk teman bergurau

Dan beliau juga sangat pandai mengambil hati



Hahaha, selamat mencubaaa! =p

Tuesday, February 14, 2012

Do You?




Not all people deserve my emergency
-Aiza Hanis




Monday, February 13, 2012

This Is Why I Lalalove Beaches

One of the most wonderful place that i love are beaches
&
One of the most wonderful natural phenomena that i
love is the sunset


Wanna know why?



 This is me


This is a picture of the sunset with two mat salleh guys


This is me with the beach and the sunset


This is the beach with sunset


I fuckin looooovvvve the cloud!
Sayangnya guna camera phone jea


Bye bye tranquility :')





And, that is why I love the beach and the sunset
Miss it already!
I want morrreeeeeeee
Can I?

Friday, February 10, 2012

To All of My Readers, I Love You!

Tadi boring-boring bukak la Nuffnang.
Saya terperanjat dengan jumlah yang masih sudi untuk membaca belog picisan ini ketika saya mengumumkan untuk kembali berjinak dengan dunia blogging. Ingat kan tak sampai 10 orang nak baca. Terima kasihhh sesangaaaaat! Sayangnyaaa eden kat korang ni jang oihhhh. Moga-moga bila rajin update belog ni, semakin bertambah la ye readers kiterrr =p


Keep on reading, kot-kot buleh kaya sebab Nuffnang nanti aku belanja sorang satu askem Melesia. Hihihih. Muah! <3

Devil's Food Cake

Dalam keadaan tidak semena-mena kerana ingin meneman seseorang untuk melempiaskan nafsu serakah dek kerana masalah hati (kah kah kah), timbullah idea ad-hoc untuk bake Devil's Food Cake ni. It's a pure chocolate cake with dark chocolate frosting. Actually milk chocolate frosting tapi biasalah, sesuka hati ubah resipi ikut lidah. Tak pernahnya nak ikut 100% resipi yang adoo. Yang penting, yummy! Hihih.



Sekiranya anda peminat tegar chocolate, 
memang seharusnya anda perlu cuba untuk bake cake ini.

 Eh, tetiba kau dah cair


 Ehh tetiba dah masuk dalam oven


Ehhh tetiba dah masaaaak


TADAAA~!

Before

After

Partner In Crime
Ada macam gaya-gaya DC Cupcakes tak?
Hihihi


Tapi serious, cake ni serious besar dan berat! Makan satu slice pun mengah nak ngabehkan. Makan kena ulang-ulang tak boleh makan sekaligus sebab dia padat dan chocolaty. Hahaha. Ni mau 2 ke 3kg ni kalau timbang.

Bandingkan size badan ku itu dan cake
tersebut. Besar bukan?



Kalau translate nama cake ni jadi
"Kek Makanan Syaitan"
Sumpah takde sape nak makannnnn