Kehidupan couple akak tak sama macam korang boleh jumpa haghi haghi sampai rasa nak tarik bulu hidung partner korang haha. Akak jumpa selalunya sebulan sekaliiii yoooo. Oleh itu, janganlah bosan jika anda dihimpunkan gambar-gambar deting kami mahupun gambar makanan yang tempting.
Sesi Deting pertama kami minggu ni adalah ke Curve untuk pergi street market and makan kat Gardens. Tiba-tiba large intestine teringin makan Aglio Olio kat Gardens. Ye, babap kang large intestine ni. Selalu suruh teringin makan benda mahal mengada-ngada. Dah. Oleh kerana saya suka makan semut, jadi saya terlupa membawa pulang charger DSLR dan itu adalah tindakan yang amat bijak ye kawan-kawan.
Jadi, kami terpaksa pergi One Utama sebab nak CHARGE CAMERA! Malu tak? Malu tak? Malu kan!? Damn. Untuk berpura-pura sweet, kami telah mencuci gambar disitu supaya tokei kedai tak berprasangka buruk yang kami datang hanya untuk charge camera. Sekali kauuu, RM 10 terpaksa dilayangkan demi memberi nyawa kepada Nikon D80 cabuk ku. Lagi sekali, damn.
Sementara menunggu camera berdegup kembali, kami telah breakfast di Delifrance. Malangnya, saya yang berat tulang amat berberat tulang untuk transfer gambar dari D60 kerana camera tersebut berada dalam bilik di tingkat 3 sekarang. Haih, apesal lah orang cipta rumah 3 tingkat ni. Jadi, korang layan ah gambar dari lepas D80 bernyawa semula. Hihi.
On the way nak ke parking, terjumpa Tutti Frutti. Gedebab cakap tak nak ke? Saya cakap, tak nak ah mahal pastu biasa-biasa je. Dia cakap takpe, dia belanja, dia tak pernah rasa. Ok fine, tak percaya cakap orang. Saya dengan berbelas kasihan mengambil sikit aje, pastu letak topping paling ringan iaitu marshmellow. Setibanya di kaunter, mesin menunjukkan RM 14. Gedebab cakap huish. Saya mengamuk kata "Kan B dah cakap!?" Terus dia coverline cakap takpelahhhhhh. Heheh. Lepas ni, tetap J.co jadi pilihan for Froyo.
Tutti Frutti
Ha, makan askem 14 hengget tuh!
Tah hape tah yang orang ambil sampai RM 20++
Baiklah, lepas menghabiskan Tutti Frutti, terus pergi Curve nak menipiskan poket Gedebab kat sana pulak. Muahahaha. Shopping kat Street Market - Makan - Shopping. Sakit hati tengok benda comel-comel. Sakit hati kerana tidak dapat beli. Sakit hati kerana saya adalah insan berperikemanusiaan walaupun nak mengikis duit boifren tapi tak sampai hati. Fine. Duduk diam-diam.
Gardens
I love the menu book.
Aglio Oliiiioooo with apple juice.
Bau je, takyah makan.
Pergi diet dulu kembalikan leher anda.
Tak malu betul.
Street Market ni la yang den kobarkan janggg.
Adoi, tak habis lagi.
Dia pun nakkkk.
Pilih sambil garu telinga. Erk?
Piauuu Melakauuu.
Takci pakai MyVi dulu.
Kata nak geng pakai kereta buruk!
Lepas perut kenyang gila, kami menambahkan lagi kekenyangan di Double Tree Hotel, anak kepada Hilton Hotel. My family nak celebrate adik's 8As for SPM. UPSR aku dulu 5A tak dapat apa pun. PMR aku dulu 6A tak dapat apa pun. SPM aku dulu dapat err ok ah bye.
For anyone who cares;
Camera: Nikon D80
Lens: Kit Lens D80
Editing: Purple filter























0 comments:
Post a Comment