Result akan keluar dalam masa beberapa jam sahaja lagi. Okay, perut semakin mengecut dan diharapkan terus kecut dan tidak kembang lagi.
Penat betul. Ni dah kali ke enam cuak macam ni sepanjang 3 tahun. Buat adik-adik yang baru nak memulakan zaman kuliah, percayalah, nak tengok result final setiap semester, cuak dia 3 kali ganda dari nak tengok result SPM. SPM kalau tak lulus, tak keluar dalam slip, ini kalau tak lulus nak kena repeat. Tu yang tak boleh belah tu! Cuak dia kemain handal.
Okay ah, kita tinggal sekejap pasal cuak. Hari ni acik tiba-tiba rasa nak tulis panjang-panjang. Maklumlah, nak tutup rasa takut, kenalah buat-buat cool siap boleh update blog post. Hua hua. Dah. Harini saya nak berkongsi dengan anda semua cara berdiet paling best dan mudah tanpa rasa lapar.
Mula.
Macam yang korang boleh tengok sendiri, tahun lepas memang sumpah muka aku macam belon mintak kena letup. Bulat macam mangkuk tingkat. Tapi, dengan gembiranya saya dapat mengecilkan pipi dalam masa beberapa bulan. Sebelum tu, saya nak cakap, berat bukanlah sesuatu yang perlu kita kejar, tapi bentuk badan atau saiz ukuran pinggang atau kaki atau tangan yang kita idamkan. Juga, kuantiti lemak dalam badan. Firstly, sebagai langkah awal, adalah eloknya anda membeli penimbang berat yang mempunyai ukuran kadar lemak serta air dalam badan. Macam ini.
Sila jangan buang kotak sebab anda dengan semulajadinya akan terlupa cara untuk menggunakan benda alah ni. Sila percaya cakap saya.
Baiklah, macam saya cakap tadi. Paling penting sekali adalah kuantiti lemak dalam badan. Perempuan hanya memerlukan maksimum 20-25% lemak dalam badan manakala lelaki pula 15-18%. Tapi sebagai tips, jangan pandai-pandai sendiri mengorak langkah ke peratus yang paling maksimum sebab bila-bila masa lemak tu jadi more than 25%. Hish, bermasalah betul lemak ni. Kalau nak selamat, stay kat 23% untuk perempuan dan 16% untuk lelaki. Ingat jugak! Jangan sampai takde lemak langsung pulak. Kang tetiba kau kena transfer kerja kat Kutub Utara kang mati beku kau kat sana.
Untuk menghilangkan lemak, kita kena tahu mana datangnya lelemak tersebut. Macam kalau kau nak break-up dengan couple korang, korang kena ah cari alasan baekk kan? Hik hik. Okay, lemak ni datang bila karbohidrat, protein, gula dan komponen lain atau lebih dikenali sebagai kalori, terlebih dari apa yang korang sepatutnya makan. Contoh lagi. Kau yang online 24 jam dan pekerja buruh yang kerja 12 jam. Dua-dua makan pulut kuning. Komponen makanan siapa yang akan bertukar menjadi lemak? Pekerja buruh? Salah. Kau? Yes, betul! Kau la gemuk dulu sebab kau duk online je 24 jam peluh hape tak keluar kau nak kurus? Dah boleh gerak pergi jogging sekarang.
Alright, sekarang dah tahu mana datang lemak kan? Sekarang apa proses nak buang lemak? Okay, lemak atau kalori berlebihan ni hanya boleh dibakar melalui proses pergerakan yang mengeluarkan peluh. Jika anda berpeluh semasa senaman, syabas, potensi anda untuk kurus semakin dekat. Jika tiada peluh? Sah penipu. Pergi exercise sekarang!
Exercise pulak terdapat 2 jenis iaitu aerobic dan anaerobic exercise. Aerobic ni adalah exercise yang memerlukan oksigen dan masa yang panjang contohnya berjalan, jogging, menari, berbasikal. Anaerobic pula adalah senaman untuk menguatkan badan dan muscle dengan masa yang pendek, seperti angkat berat. Senan citer untuk buat badan ketak-ketak. Senaman ini adalah kurang perlu dalam proses pembakaran lemak. Bukan bermaksud tak payah buat langsung, tapi wajib aerobic dulu baru anaerobic. Oleh itu jangan berlagak masuk gym, terus pergi angkat berat. Mentang-mentang tak payah lari.
Aerobic Exercise
Anaerobic Exercise
Mesti dalam hati anda sekarang cakap, "Hakalah, dalam blog kau bukan main banyak kau makan siap cheese, dessert dan bermacam-macam benda yang menggemukkan!" Baiklah. Ni la aku nak habaq mai ni. Sabar. Saya amat bersyukur kerana dilahirkan berkadar metabolisme yang tinggi. Apa itu kadar metabolisme? Kadar metabolisme adalah kadar kelajuan pembakaran lemak dalam badan terjadi. Jika tinggi, maka cepatlah terbakar. Jika rendah? Meh baca perenggan seterusnya.
Okay sorry, tiba-tiba macam sedap pulak tengok
Okay okay.
Untuk mendapatkan kadar metabolisme yang tinggi, anda haruslah meningkatkan kadar tisu muscle dalam badan. Tapi camne doh? Heheh, again, exercise. Resistant exercise. Mesti disiplin. Sebab tu aku bersyukur aku semulajadi high metabolic rate. Alhamdulillah. Salah satu tanda anda adalah manusia berkadar metabolisme tinggi, anda cepat berpeluh walaupun baru jogging lima minit. Tapi ingat, kadar metabolisme akan menurun mengikut perubahan umur. Jadi orang yang born with it jangan duk selesa sangat naaa. Hee.
"Blah blah blah, exercise la, metabolisme la hape lah, semua orang pun cakap benda sama. Takde tips lain ke hah?"
Okay, cara pemakanan saya simple. MAKAN ITU WAJIB. Sebab kalau tak makan, kita takde tenaga, bila takde tenaga, macam mana badan nak ada tenaga untuk bakar lemak dalam badan? Saya makan 6 kali sehari. TETAPI, syaratnya, makan dalam kuantiti yang sedikit. Sebab? Sebab bila kita makan sikit, badan senang nak bakar kalori yang sedikit. Kalau banyak? Kalau banyak lambat lahhhh!!! Jadi, masa kita nak makan untuk sesi yang seterusnya, dalam badan kita dah kurang kalori dah. Tak banyak macam orang makan 3 kali je sehari tapi sekali makan nasi mak kau 2 pinggan sekali makan.
Lagi satu, DILARANG MAKAN FAST FOOD & AIR BERKARBONAT. Okay takdelah dilarang, mati kempunan kang aku lak disalahkan. Tapi kurangkan. Kurangkan bukan bermaksud sekali seminggu tapi SATU KALI SATU BULAN. Lagi bagus 2 atau 3 bulan sekali lagi-lagi burger. Sebab? Eh tak payah tanya sebablah, cuba kau bagitahu aku apa kebaikan fast food dan air gas? Hm, sampai sekarang, saya sudah 1 tahun 6 bulan tak makan burger McDonalds, Alhamdulillah masih hidup. Hahaha.
SAY NO!
Yang terakhir sekali, banyak-banyak minum air kosong atau air mineral. Sebab air banyak membantu dalam proses pembakaran lemak. Perah sedikit lemon untuk menambah perasa. No sugar, please.
Plain water, a squeeze of lemon juice
"Alahhh, susah ah camni, sekali makan tak boleh makan banyak, lepas tu tak boleh makan fast food, lepas tu kena exercise pulak tu. Susah ah. Takde ke chitosan ke produk X ke yang boleh buat kurus secepat mungkin?"
Ahh pergilah cari formula sendiri nak kuruskan badan!
..........................................................................................................
Tamatlah sudah cerita saya pada hari ini. Kita agak kurang bernasib baik sebab hidup di zaman yang memandang kurus adalah cantik. Tak macam zaman Monalisa dulu, gemuk tanda cantik dan kaya. Sejauh mana pun kita cuba untuk confident kan diri untuk tolak ketepi persepsi bodoh ni, jauh kat sudut hati tu, mesti ada terfikir hidup lebih indah kalau kurus.
Pada pendapat saya, carilah bentuk badan yang ideal untuk kesihatan diri sendiri, bukan kecantikan semata-mata. Itu lebih penting dari hidup dalam persepi kolot mengatakan kurus je cantik, badan besar tak cantik. Bodoh apa? Comel tahu tak!
Kebanyakan ayat yang saya guna dalam tips diatas adalah tidak saintifik supaya lebih mudah difahami. Tips yang saya beri mungkin tidak sehebat pakar-pakar kesihatan, tapi saya memberikan pengalaman untuk dikongsikan bersama. Saya sudah cuba dan berjaya. Kenapa tidak anda? :)



















6 comments:
hiks sumber lemak datangnya dari makanan yang sedap2. hiks
tips yg menarik ! tengs ! :)
sarah
ituuuu yg mencabar tu haha
anonymous
thank you. ;)
masalah bagi yang suka makan...
haha tu masalah besaaar
Post a Comment